Sunday, May 11, 2008

happy mother's day...


hurm..hari ni merupakan hari ibu sedunia...so to my mom...happy mother's day...thanks 4 being such a good mum... dah x de mak yg terbaik utk ku selain dirimu...cewah...ayat sedih lak...huhu...

PC arepin hangus...


peristiwe ni berlaku smlm...time tu kol 5 kot...tgh men game...tetibe pc tu padam...lps di post-mortem didapati bahawe power supply "Powerlogic" cap Sonic Gear kt pc tu meletop...huhu...skrg ni da x de la pc utk men game....waaa...boring tu...neway to ipin dr dak2 2DCS, kami bersimpati ngan ko...huhu xD

kt bawah ni gamba arepin bersame pcnye yg da x leh on...naseb baik power supply je rentung...klu 1 pc rentung mau nanges dak ipin tu...hihi ;)




Saturday, May 10, 2008

i wonder...


this present was given by my gf...she told me dat i only can open it on 10th May 2008 on 10pm...i wonder what is the thing inside this box...i want to open this box now...but i've to kept my promise...so i can't open it...waaa...so long to wait... huhu :)


Friday, May 9, 2008

the broken radio link...


haha...da 2 minggu aku try repair link radio tuh...x berjaye gak...nmpk gaye kene cari link br la...da la nk cari link tu 1 masalah...adeh...sape2 yang ade link radio era, hitz, xfresh n sinar...share2 la ngan aku erk...huhu...sharing is caring...huhu

Ramalan personaliti....


hurm...xtau ar ape nk kate...tp bile aku check awek aku pny...90% btol...aku pny 87%...haha...mmg power ar org yg bwt ramalan nih...

Apa pun kebetulan jer tu..Dalam Islam takde ni semua xD

Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing

Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogos 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing
Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati



Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.
.

Tuesday, May 6, 2008

Pembunuhan di KFC ??


Ish3...sape pny keje la nih ??? kreatif benor...huhu

Cara - cara nk topup tanpa keluarkn duit !!!


Aku dapat daripada member yg keje kat kedai hp kat area2 sekitar ipoh. Duduk berborak dengan dia aku pun korek lah rahsia pasal handphone ni.

Last-last cair jugak dia. Dia pun bagi tau lah aku cara-cara nak mereload prepaid ni secara percuma...Ok, sila baca keterangan dibawah ni untuk kegunaan korang..Untuk semua talian 012,013,016,017 dan 019, anda semua selepas ini tak payahlah pergi ke kedai handphone lagi untuk mereload prepaid anda.

Disini ada cara untuk mereload handphone dengan cara yang agak illegal.. tapi cara mereload handphone ini hanya boleh digunakan pada 20 hingga 30 haribulan pada setiap bulan. Ini kerana setiap talian ini diupgrade pada masa-masa ini. Ok, kepada pengguna talian 012,013,016,017,019, dail 1415007 dan tunggu dalam 5 saat dan anda akan dengar seperti bunyi bising, tunggu sehingga bunyi itu hilang dan dail 9151 tunggu 3 saat dan tekan nombor telefon anda.Anda akan dengar dia cakap "please insert you pin number" masukkan 011785 45227 00734 tunggu selepas dia kata nombor pin selesai, lepas tu dial 0405 untuk kl dan s'gor, 0406 utk kawasan lain semenanjung dan 0409 utk sabah s'wak. Anda akan mendengar "for airtime top-up press 1723" selepas dail nombor kemudian tekan nombor telefon anda sekali lagi. Tunggu selepas bunyi bising selesai, dial 4455147 diikuti 146 selepas 5 saat...Ok, selepas beberapa saat, anda akan mendengar "your pin number is accepted" anda terus dail 1007 dan anda akan dengar "your key number is accept" terus dail 4566 dan anda akan dengar "your password is accepted". Lepas itu terus dail nombor talipon anda dan anda akan dengar "pale hotak kau berjambul 66, kat dalam dunia ni mana ada benda yang free, zaman skang nih masuktoilet pun kena bayar 20 sen!!"

Sudah lah pi balik buat kerja masing-masing..

Sekian,terima kasih.Hehe xD

Friday, May 2, 2008

Pantun Ultraman


Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.

Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.

Saje je aku ltk pantun lawak ntah pape nih...nk ilangkn boring....
 

© 2009 - ~nOuGAt’s Weblog~

Best viewed in 1400x900 resolution
using Mozilla Firefox